Sahabat Sejati

Bismillahirrahmanirrahim.

Asryn & Yusri, Klang
Asryn & Yusri, Klang

2 minggu lagi sebelum kehadiran Ramadan Al-Mubarak. Terima kasih Allah kerana berikan nikmat iman kepada kita semua. Nikmat keluarga yang mendamaikan hati dan sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan.

Dalam kuliah baru-baru ini, ustaz bagitau seorang sahabat yang baik akan menjadikan kita lebih hampir dengan agama. Sebab itu, jika perasaan kita tidak tenteram dan selalu gelisah, selain mendekatkan diri kepada Allah kita sebenarnya perlu mencari lingkungan kawan baru.

Kumpulan kawan-kawan yang selalu berbicara perkara baik-baik. Tidak membesarkan dirinya ataupun mengata orang lain. Ia boleh dilakukan dengan menukar lingkungan kawan yang negatif sama ada di sekeliling kita mahupun di sosial media (unfriend/mute). Kita yang kawal newsfeed di Facebook, timeline di Twitter dan feed di Instagram. Carilah kawan yang baik-baik. Ia mempengaruhi kehidupan kita tanpa kita sedar.

Wallahua’lam.

Liana & Adib, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

liana

Kali ni aku nak update sikit outdoor pasangan Liana & Adib yang dilaksanakan di Jalan Kebun, Shah Alam. Liana ni adik kepada sahabat baik aku Saipi. Dulu masa Saipi dan Dr Yuhanis kahwinpun aku yang amik wedding diaorang,hehe.

Terima kasih kerana percaya untuk gunakan perkhidmatan aku.

liana1
liana2
liana3
liana4
liana5
liana6
liana7
liana8
liana9
liana11
liana12
liana14

Semoga Allah berikan kebahagiaan kepada kedua pasangan ini, amiin. Sentiasa dalam mawaddah dan rahmat daripada Allah, amiin.

Selamat Hari Guru

Bismillahirahmanirrahim,

Teaser Asryn & Yusri, Klang
Teaser Asryn & Yusri, Shah Alam

Baru-baru ini aku berjumpa seorang cikgu aku ketika ada urusan disebuah jabatan kerajaan. Beliau dah tidak menjadi guru dan jadi seorang pekerja kerajaan di jabatan pendidikan. Aku masih ingatkan lagi cikgu ini sebab beliau pernah lempang aku dalam bilik guru di hadapan guru-guru lain. Macam biasa sudah tentu aku yang bersalah,hehe. Lagipun bukan beliau seorang cikgu yang pernah lempang aku.

Aku ucap terima kasih kepada beliau dan guru-guru aku sebab mengajar aku. Didik aku jadi manusia. Bila dapat isteri seorang guru juga, aku faham susahnya mendidik anak bangsa pada zaman ini. Mudah-mudahan ilmu yang diberikan menjadi pahala berpanjangan buat mereka semua.

Bak kata Ustaz Pahrol, hakikatnya kita sentiasa menjadi murid dan guru sesama kita. Kerana kita sentiasa saling belajar antara satu sama lain. Kita guru kitalah murid. Guru yang baik ingin pelajarnya menjadi lebih baik daripadanya. Murid yang baik sentiasa menghormati gurunya.

Wallahua’lam.

Musibah dan Anugerah

Bismillahirrahmanirrahim,

Amalina & Shidi, Sijangkang
Amalina & Shidi, Sijangkang

Seringkali yang disangka musibah sebenarnya ia bukanlah musibah langsung, bahkan satu anugerah yang sangat besar dan indah.

Kata mereka yang telah ‘merasainya’:
Penjara itulah yang telah membebaskan aku dan menjadikan aku orang yang baik.
Penghinaan itulah yang telah menyedarkan aku tentang kesombongan aku selama ini.
Kepahitan dan kegagalan itulah yang telah menyembuhkan aku.
Dan dosa-dosa itulah merendahkan keangkuhan aku.
Justeru, jangan terlalu gundah bila dilanda musibah. Kerana di sebaliknya ada Jannah. InsyaAllah.

Diana & Azizi, Masjid Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

diana

Hidup ini tidaklah selalu indah. Warna warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dipinta. Namun ketabahanlah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Kerana apa? kerana dunia ini hanya sementara dan begitulah jua dengan ujiannya.

Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman. Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu Dia sentiasa mengujinya.

Update outdoor majlis pernikahan Diana dan Azizi yang dilangsungkan di Masjid Shah Alam. Sekarang memang sudah trend selepas majlis nikah terus majlis. Takde majlis sanding. Dah beberapa pasangan pengantin aku shoot camtu sejak beberapa tahun ini.

diana1
diana3
diana4
diana5
diana6
diana7
diana8
diana9
diana10
diana11

Majlis yang cukup ringkas dan insyaallah menepati syariat agama kita. Inilah sebenarnya yang patut diikuti oleh pasangan remaja yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk mengadakan satu majlis yang besar dan gemilang seperti pasangan lain.

Semoga ikatan yang dijalinkan berkekalan bahagia sampailah ke syurga, amiin.

Wassalam.

Nadiah & Azman, Ampang

Bismillahirrahmanirrahim,

nadiah1

Seringkali kita melihat peniaga Islam yang daif, menjual makanan dan sayuran yang sangat ala kadar di pasar pagi atau pasar malam. Sekiranya barang jualannya habis sekalipun keuntungannya hanyalah belasan ringgit sahaja.

Alangkah baiknya kita membeli, bukan untuk keperluan tetapi untuk bersedekah. Pada kita kecil, tetapi mungkin itu besar untuk menampung keperluan keluarganya. Kita ini kadangkala terlalu sombong untuk membeli barang yang bukan keperluan kita semata-mata untuk membantu mereka.

Aku update sikit majlis perkahwinan Nadiah dan Azman yang diadakan di Ampang.

nadiah2
nadiah4
nadiah5
nadiah6
nadiah8
nadiah9
nadiah10
nadiah11
nadiah12
nadiah13
nadiah14
nadiah15
nadiah16
nadiah17
nadiah18
nadiah19
nadiah20
nadiah21
nadiah22
nadiah23
nadiah24
nadiah25
nadiah26
nadiah27
nadiah28
nadiah29
nadiah30
nadiah31
nadiah32
nadiah33
nadiah33a
nadiah34
nadiah35
nadiah36
nadiah37
nadiah38
nadiah39
nadiah40
nadiah41
nadiah42
nadiah43
nadiah44
nadiah45
nadiah46

Semoga hubungan mereka berdua sentiasa dalam mawaddah dan rahmat daripada Allah, amiin.

Satu Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim,

Mat Nor & Ayien, Putrajaya
Mat Nor & Ayien, Putrajaya

Hidup kita ini ibarat satu perjalanan yang panjang. Kemudian kita berhenti sejenak di bawah sepohon pokok yang rendang (dunia).
Mahu tidak mahu kita akan teruskan perjalanan tersebut juga.

Kerana tempat itu bukanlah tujuan perjalanan kita tadi. Hanya persinggahan. Kita akan membawa bekalan amalan yang akan kita tuai pada akhir perjalanan nanti.

Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim,

Teaser Dr Ainaa & Dr Hafiz, Bukit Beruntung
Teaser Dr Ainaa & Dr Hafiz, Bukit Beruntung

Jika masih bujang, bersyukurlah sebab masih punyai ruang berbakti sepenuhnya kepada ibu bapa. Tiada berbuat dosa kepada suami/isteri dan anak-anak yang menyebabkan sukar untuk ke syurga.

Jika masih belum memiliki zuriat, bersyukurlah sebab di hari akhirat kelak Allah tidak akan tanya tentang tanggung-jawab mendidik anak telah dilaksanakan dengan sempurna atau tidak. Begitu juga amaran dalam Quran tentang anak-anak yang jadi penyebab ramai manusia lalai dari mengingati Allah.

Jika telah memiliki zuriat, bersyukurlah sebab jika anak itu soleh/solehah, mereka boleh menjadi pencen kubur kepada ibu bapanya yang akan berikan pahala berpanjangan walaupun kita tiada lagi di muka bumi ini.

Kita hidup ni sekejap sahaja. Mari sama-sama bersyukur dengan kehidupan sementara di atas muka bumi ini.